Log Masuk

MAKLUMAN!!


20 April 2020

Semua Pelajar Tahun 1, Tahun 2 & Tahun 3
Program Diploma Kejururawatan, Program Diploma Radiografi & Program Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN TARIKH BAHARU SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI SEMUA PROGRAM DIPLOMA BERMULA PADA 1 JUN 2020


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Pengurusan PPUM yang bermesyuarat pada 16 April 2020 telah bersetuju untuk memulakan tarikh baharu sesi pengajaran dan pembelajaran semua program Diploma mulai 1 Jun 2020 (Isnin).

3. Walaubagaimanapun tarikh baharu tersebut akan dipinda semula sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 diteruskan di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Sebarang perubahan tarikh baharu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada pelajar.

4. Sekiranya terdapat pertanyaan, sila hubungi Pentadbiran Kolej Sains Kesihatan, PPUM di talian 03-2028 7070/ 7077/ 7095 atau e-mel kewpelajarksk@ummc.edu.my.

Sekian, untuk makluman dan perhatian pelajar.

Dibangunkan oleh : Jabatan Teknologi Maklumat
Pusat Perubatan Universiti Malaya (2014)